Tuesday, October 13, 2009

My Life - Daily Dose

  • Salam and hye!!!!!!!

  • its been a while
  • and its already 2 weeks of classes.
  • lotsa lotsa happening....

  • and I think everything are great for now =)
  • loves the anatomy practical
  • dissecting the corpse is amazing (not for everyone - few fainted n nearly fainted)
  • meets a lot of friends....Malaysian, Arabs, Canadian, Japanese, and Taiwan
  • starting fencing classes....
  • did a tryout for archery (guess I love it as well - maybe participate more ^-^)
  • well in Dublin even though far from home....did some open houses too

  • attended few of them...
  • it still felt at home (they did a great job - chefs =D)

  • just came back from watching movies 11.30 p.m
  • am so tired for almost 4 hours
  • but the movies were awesome(aka funny), UP and Zombieland

  • UP was 3D but the effect just normal 3D
  • both are funny,
  • Zombieland is funny - supposed to be comedy-horror
  • was expecting stupidity in the movie
  • but the movie's comedy makes sense not just slapstick humour
  • that's all for now folks
  • too late now, wanna go to sleep
  • will update soon.... ^-^

Sunday, September 27, 2009

Selamat tinggal Malaysia, Jumpa lagi tahun depan =)

Salam sudah berhabuk rasanya blog ini setelah lama tidak menulis.

Baiklah, setelah sebulan berpuasa dan seminggu beraya...walaupun lambat saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA maaf zahir batin....

Maaf kerana lambat...kesibukan yang mencengkam diri inilah punca...

Anyway minta maaf jika ada tersalah kata dan terlanjur perbuatan yang menyakitkan hati....sama ada secara tidak sengaja dan sengaja.

=D

Hari ini merupakan hari terakhir di Malaysia setelah tiga bulan setengah di Malaysia. Rasa sedih pun ada.....tapi bersyukur kerana diberikan Allah kesempatan untuk berpuasa penuh dan beraya (w/pun seminggu) di KL. Kepada sesiapa yang tidak sempat diziarahi, saya minta maaf sangat-sangat....insyaAllah tahun depan berkesempatan...tahun depan dapat raya 2 minggu (panjang sikit masa)

Baiklah sampai di sini sahaja coretan di KL....bersambung di Ireland =D

Flight malam ini

KLIA --> Stockholm --> Dublin

Pelikkan route dia??? =P

Thursday, August 27, 2009

Hukuman Rotan Syariah Tidak Melukakan

Atas dasar ingin menerangkan mengenai hukuman sebat yang diperkecohkan oleh pihak-pihak tertentu.... sila baca keterangan Haji Hadi Awang berkenaan hukuman tersebut...

Hukuman rotan syariah tidak melukakan
Abdul Hadi Awang
Ogos 26, 09
5:51pm
komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.

Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!


Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Monday, August 24, 2009

The Tree, a short movie (15Malaysia)

The Tree

Synopsis

Malaysia’s most influential spiritual leader Nik Aziz offers commentary on the virtuous and Islamic way to conduct ethical commerce in his inimitable style.

Saturday, August 22, 2009

Selamat Berpuasa Semua! 1430H

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah kita berjaya jua sampai ke pusingan Ramadhan yang baru setelah setahun berlalu.


Alhamdulillah juga saya panjatkan kerana pada tahun ini akhirnya saya berpuasa kembali di Malaysia setelah tiga tahun saya berpuasa di negara orang. Bergenang air mata semalam waktu tarawih. Bersyukur sangat2.


Tiga tahun yang banyak mengajar saya erti rindu berpuasa di tanah air sendiri, Malaysia.


Namun tiga tahun merupakan tahun-tahun yang unik bagi saya kerana berbezanya persekitaran yang saya diami ketika itu….


Pertama di Perth


Pada usia 18 tahun saya telah mula belajar berpuasa di luar negara, di Perth Australia, tika saat rakan-rakan sebaya masih lagi di Malaysia.


Tahun itu mengajar saya bagaimana hendak lulus puasa dengan tinggal serumah dengan teman yang bukan beragama Islam. (p/s: 4 Cina, 1 India, dan 3 African)


Dugaan nya sangat besar dengan keadaan negara yang bukan Islam.


Namun toleransi masih dapat dirasakan dan seakan-akan mereka memahami.


Malah mereka membantu untuk mengejutkan sahur. Yelah masa zaman sekolah dulu dah biasa parents kejut….so masalah lah sedikit. Tapi ya mereka membantu jika mereka tidak tidur lagi.


Kedua di Perth


Tahun kedua menyaksikan saya tinggal serumah dengan rakan Melayu Malaysia.


Keadaan agak berbeza kerana sama-sama menyambut Ramadhan.


Di Australia ni tiada masalah sangat kerana ramai Muslim di mana nak solat tarawih tu, masjid sangat hampir. Malah disediakan satu slot di TV untuk Muslim.


Malah berbuka puasa nya sangat meriah. Pak Arab semua sentiasa menyumbang wang untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Tapi masalahnya hari-hari lah makan nasi briyani huhuhu =P


Tue yang naik berat badan huhu


Tahun ketiga ini adalah tahun yang paling mencabar bagi saya. Lebih mencabar daripada tahun pertama di Australia.


Berpuasa di Moscow, Rusia.


Saya tiba di Moscow dua hari sebelum puasa, hari sabtu dan kita puasa hari Isnin. Kali ini saya tiba di sebuah negara yang saya tidak kenal mana-mana Muslim. Dan negara yang sangat sedikit Muslim nya.


Malah makanan mentah yang halal tidak mudah untuk dijumpai lebih-lebih anda tidak boleh bertutur dalam bahasa Rusia dengan fasih. Kami pergi ke sana dalam satu kumpulan, 3 India, 3 Cina dan satu Melayu (saya la tue!!)


Pada keesokan harinya kami dibawa oleh senior2 Cina kami membeli-belah di pasaraya ala-ala Carrefour….


Terkulat-kulat la saya ni nak mencari makanan halal…last2 beli roti, keju, dan tuna hancur.


Nak beli ayam tak tahu kat mana yang halal huhuu


Maka sahur dan berbuka lah saya dengan 2-4 keping roti keju berserta Maggi Kari dan 3 in 1 Milo…oh ya plus kurma


Memang bukan setakat berpuasa jer…diet sesungguhnya la…


Yalah kalau puasa kat Malaysia belum tentu turun lagi berat badan tue….sama ada maintain ataupun meningkat ada jugak.


Makan kurma macam makan lauk….adalah sekali makan tue lebih 10 biji…bayangkan sekali makan…kalau berkali-kali makan camna? …


Tauke kurma mesti suka kalau semua orang macam ini.


Tapi nasib baik bawa jugak…kalau tak haru biru jugak la….kurma ni juga lah yang beri tenaga


Owh lupa nak beritahu…ini adalah kali pertama berpuasa waktu musim panas….dulu kat Australia musim sejuk….pendek sikit siang nya


Kali ini puasa mula pukul 3-4 pagi….maghrib pukul 9 malam masa awal-awal tue…


Tapi dalam puasa-puasa tue sempat pusing satu Moscow dalam masa sebulan tue… =D kira boleh la bawa orang jalan2 Moscow hehe (ada sapa-sapa nak ambil saya jadi tourist guide ke? jgn risau bayarannya murah jer hehe =P)


Memang mengajar erti sabar la sangat…


Ada satu peristiwa tue….makan hot potato yang diisi dengan lauk di tengah-tengah nya…orang lain beli makan panas-panas…


Kita makan lepas berbuka…dah lembik dan lebam.. nak menitik air mata ni….


Percaya tak dalam sebulan tue berat badan turun dekat 10 kg jugak…


Hahaha….rasanya panjang sangat la pula membebel nya tapi siapa-siapa yang nak cepat turun berat badan pergi puasa kat Moscow masa summer ni…confirm turun =P


Baiklah kepada saudara seislam saya, selamat bertarawih, bersahur dan berpuasa!


PUASA jangan tak PUASA! (Senario)


Biar saya akhiri dengan mendengar lagu berkaitan puasa ini dendangan Raihan





Friday, August 14, 2009

Al-Fatihah Untuk Ustaz Asri


Takziah diucapkan kepada famili Ustaz Asri Rabbani yang telah meninggalkan kita semua semalam. Semoga Allah memberikan rahmat ke atas Ustaz Asri. Sesungguhnya kita telah kehilangan seorang hamba Allah yang berjuang di jalan-Nya. Al-Fatihah untuk Ustaz Asri.

kisahnya boleh didapati di link ini
Asri Rabbani: Pergi Tak Kembali
Asri Rebah Ketika Pegang Mikrofon

Mari kita hayati kembali salah-satu lagu yang popular daripada kumpulan Rabbani




Tuesday, August 11, 2009

Sejarah Islam Sempena Bulan Kemerdekaan

Sempena bulan kemerdekaan kita ini, ramai yang berbicara tentang keperluan untuk mengetahui sejarah negara kita iaitu Malaysia tercinta. Apa kata kita menyelusuri sejarah yang panjang daripada sejarah Malaysia iaitu sejarah Islam. Kali ini saya akan memulakan sejarah Islam selepas kewafatan baginda Rasulullah, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wassalam. Terima kasih kepada blog ini http://rdhanz.blogspot.com/2009/07/sejarah-perkembangan-islam.html kerana memberikan kronologi di bawah…. Selamat membaca kronologi di bawah.

Khulafa al-Rasyidin
• 632M- Kewafatan Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang kumpulan murtad iaitu Bani Tamim dan Musailamah al-Kazzab.
• 633M- Pengumpulan Al Quran bermula.
• 634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan
Damsyik dan seterusnya kempen meluaskan jajahan Islam di Tanah Parsi
• 635M- Penawanan Madain, ibu kota Empayar Parsi Sassanid.
• 636M- Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
• 637M- Mesir ditawan.

• 638M- Penawanan Baitul Maqdis oleh tentera Islam.
• 640M- Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
• 644M- Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
• 645M- Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
• 646M- Kempen menentang Byzantine.

• 647M- Angkatan Tentera Laut Islam ditubuhkan -- diketuai oleh Muawiyah Abu Sufyan. Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi Sassanid ditumpaskan.
• 648M- Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.

• 656M- Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
• 657M- Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
• 659M- Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.

• 661M- Saidina Ali wafat dibunuh. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Saidina Hasan (cucu Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam) kemudian diangkat sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam menggantikan Saidina Ali.
• 661M- Setelah sekitar 6 bulan Khalifah Saidina Hasan memerintah, 2 kelompok besar pasukan Islam ya
itu Pasukan Khalifah Saidina Hasan di Kufah dan pasukan Muawiyah di Damsyik telah siap untuk memulai suatu pertempuran besar. Ketika pertempuran hendak berlangsung, Muawiyah kemudian menawarkan rancangan perdamaian kepada Khalifah Hasan yang kemudian dengan pertimbangan persatuan Umat Islam, rancangan perdamaian Muawiyah ini diterima secara bersyarat oleh Khalifah Saidina Hasan dengan kekuasaan khalifah diserahkan oleh Khalifah Hasan kepada Muawiyah. Tahun itu kemudian dikenal dengan nama Tahun Perdamaian/Persatuan Umat (Am Jamaah) dalam sejarah Umat Islam. Sejak saat itu Muawiyah menjadi Khalifah Umat Islam yang kemudian dilanjutkannya dengan sistem Kerajaan Islam yang pertama yaitu pergantian pemimpin (Raja Islam) yang dilakukan secara turun temurun (Daulah Umayyah) dari Daulah Umayyah ini kemudian berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan Islam selanjutnya seperti Daulah Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah dll.



Kerajaan Bani Ummaiyyah
• 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
• 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.

• 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
• 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
• 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
• 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
• 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.

• 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
• 713M- Penaklukan Multan.
• 716M- Serangan ke atas Constantinople.

• 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
• 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
• 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
• 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.





Kerajaan Bani Abbasiyyah
• 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
• 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.

• 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
• 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
• 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
• 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
• 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
• 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
• 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
• 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
• 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.

• 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
• 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
• 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
• 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
• 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
• 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
• 1144M- Nuruddin Zengi tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.

• 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
• 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
• 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
• 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah-Seljuk.
• 1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan Bani Mamluk di Mesir (merupakan pertahanan Islam yang ketiga terakhir selepas Makkah dan Madinah) pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz menewaskan tentera Mongol di dalam pertempuran di Ain Jalut.



Empayar Turki Uthmaniyyah
• 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
• 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
• 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
• 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
• 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
• 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
• 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
• 1453M- Constantinople ditawan oleh tentera Islam pimpinan Sultan Muhammad al-Fatih. Berakhirnya Empayar Byzantine.
• 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
• 1526M- Perang Mohacs
• 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
• 1571M- Perang Lepanto berlaku.
• 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
• 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
• 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
• 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
• 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
• 1792M- Perjanjian Jassy.
• 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
• 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
• 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
• 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
• 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
• 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
• 1829M- Perjanjian Adrianople.
• 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
• 1841M- Konvensyen Selat.
• 1853M- Bermulanya Perang Crimea.
• 1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
• 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
• 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
• 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
• 1912M- Perang Balkan pertama.
• 1913M- Perang Balkan kedua.
• 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
• 1919M- Mustafa Kemal Atatürk mendarat di Samsun.
• 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
• 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

1924M hingga sekarang - Negara umat Islam dipecah-belahkan mengikut bangsa menjadi Negara Bangsa. Tiada lagi khalifah di muka Bumi ini.


KA

1812 2009
年 8月 11日

Malaysia Oh Tanah Air ku

Malaysia Oh Tanah Air ku

Kuala Lumpur from above

Kuala Lumpur from above

Sultan's Cloak

Sultan\

KLCC

KLCC

Red Square

Red Square

Russian Map

Russian Map

St Stephen's Green Park

St Stephen\
Autumn In My Heart