Pantun : Khazanah Pemikiran Bangsa Melayu

Salam u'olls,

Baru saja usai menonton filem klasik Gurindam Jiwa 1966
Tergerak hati ingin menonton filem ini apabila Ustaz Hasrizal memberikan satu pengenalan yang menarik berkenaan filem.

Bukan saya tidak pernah tahu akan kewujudan filem ini namun saya hanya tertarik dengan lagu tema filem ini.

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan



Perkara menarik mengenai filem ini ialah keberadaan pantun yang melatari filem ini dari mula hinggalah akhir. Setiap babak disulami pantun yang merupakan dialog2 penting kepada perkembangan jalan cerita.

Ianya ibarat sesi jual beli pantun namun ianya berada dalam akal separa sedar, seakan-akan itulah dialog sebenar bukannya dibuat2 seperti contohnya di dalam adat kahwin kita. Malah sesi jual beli pantun yang 'formal' ketika pengantin lelaki datang ke rumah pengantin perempuan turut disajikan.
Pantun 4 kerat mahupun pantun dua kerat pun dituturkan dalam filem ini. Pada pendapat peribadi saya ianya sangat mengasyikkan kerana Melayu ini bahasanya berkias, katanya berlapik, menolaknya beralas, memintanya beradab malah bahasanya bertingkah dahulu sebelum tubuh bertingkah.

Pantun-pantun yang digunakan dalam filem ini menunjukkan hubung-kait yang erat antara orang Melayu dengan alam sekitar. Sifat resmi hidupan digambarkan dengan sifat manusia. Sangat mengasyikkan.

Dalam menonton filem ini, tangan pun rasa gatal lalu mencuba-cuba menulis pantun. Hehehehe rasa janggallah jugak dan hasil terbentuklah beberapa pantun 4 kerat. Kuat jugak saya memerah otak untuk menghasilkan ritma yang sama di setiap baris.

Baiklah ini contoh yang terbaiklah daripada beberapa yang ada :P

Senja berlabuh tibalah malam
Malam bertandang pentas berpesta
Hati meronta melihat alam
Ingin saja merentas semesta

Tanggang menipu katanya piatu
Matinya dia sumpahan menimpa
Kaki tersadung bendul pintu
Malangnya datang bertimpa-timpa

Akhir sekali

Ubi kayu usai digerat
Ayam hutan dipaksa ke reban
Hati gusar terasa berat
Kandar dipikul terasa beban

Baiklah Selamat Hari Malaysia semua dan selamat membuat pantun anda sendiri :D

p/s: I have found my new hobby hehehehe

p/s: filem penuh boleh ditonton di sini filem Gurindam Jiwa

KA

Comments

jaket kulit said…
salam hangat dari kami ijin menyimak gan, dari kami pengrajin jaket kulit

Popular Posts