ULASAN BUKU TANAH KALA: SEJARAH NEGERI KELANTAN
ULASAN BUKU TANAH KALA: SEJARAH NEGERI KELANTAN
Sejarah Kelantan sangat asing buat rakyat Malaysia jika bacaannya sekadar buku teks sekolah di mana hanya memaparkan asal-usul nama dan serba sedikit berkenaan Kesultanan Kelantan dan pejuang2 patriotik melawan Inggeris. Oleh itu saya mengakui bahawa pengetahuan saya mengenai sejarah Kelantan juga begitu.
Pada bab pertama, ianya sedikit sukar menangkap penulisan buku ini kerana ia penuh dengan nama2 Sanskrit, nama negara/empayar/kerajaan. Namun begitu ianya sebenarnya mudah untuk difahami. Penulis menggunakan konsep yang sama di dalam setiap bab di mana akan dijelaskan dengan terperinci perihal bab tersebut namun apabila masuk ke bab baru, akan diadakan ringkasan bab sebelumnya demi menambahkan kefahaman. Saya mengakui teknik ini berjaya membantu kefahaman dan sangat berkesan.
Kesimpulannya, jika negeri Kelantan itu adalah sebuah negara, buku teks sejarah sekolah menengahnya adalah Tanah Kala ni. Pemusatan Kelantan dan hubungan luar Kelantan sangatlah mengujakan dan meninggalkan sikap patriotisme yang tinggi. Sejarah tidak diceritakan secara terpisah2 sepertimana buku sejarah masa kini malah ia menceritakan sejarah negara2 jiran yang memainkan peranan penting di dalam perkembangan sejarah Kelantan. Oleh itu, saya ingin mengesyorkan kementerian pendidikan mengambil ibrah konsep buku Tanah Kala ini sebagai cara penulisan buku teks sejarah yang sepatutnya. Cara ini pastinya meningkatkan minat akan subjek sejarah. Dan yang pastinya setiap rumah anak Kelantan patut memilikinya biar gedebe mereka bertempat dan penuh ilmu.
KA
Comments