Terharu

Salam u'olls,

Malam ni dua benda terjadi yang sangat membuatku rasa terharu ~

Pertama,

dah dua hari rumah kitorang ni tak ada gas dan yang memburukkan keadaan lagi nombor penjual gas kitorang tak ada. Tiba2 terpanggil untuk bertanya dengan jiran depan rumah. Panggil2 diorang, si suami muncul. Selepas menyatakan hasrat untuk meminta nombor telefon, si suami masuk balik dan memanggil isterinya. Selepas menunggu, si isteri kembali dengan telefon bimbit di tangan dan memberikan nombor tersebut. Bab yang paling mengharukan ialah apabila si suami tu bertanya, "U mahu pinjam ke gas kitorang, pinjam untuk malam ni nanti kitorg ganti yang baru hari esok". Aku pun rasa tercengang sebentar O_O. Si isteri pulak menyampuk, "Kalau tak, kitorang ada dapur elektrik. Kitorang kasi pinjam untuk pakai la. U tengah masak ke?". Sekali lagi aku tercengang. namun begitu aku menolak dengan baik dan mengatakan bahawa aku sudah makan di luar dan aku berterima kasih di atas pelawaan mereka. 

Pesanan daripada lagu Sayang Musalmah nyanyian allahyarhamah Sharifah Aini menerjah ke dalam aqal aku sekarang;

Emas Sekoyan dapat kupikul
Aku tak sanggup menanggung budi

Dan juga

Jangan selalu menanggung budi
Keraplah Kali Jadi Bencana

Walaupun mungkin tiada kena mengena dengan situasi namun aku suka pada kaitan dan pertalian antara menerima budi orang atau rasa terhutang budi (sangat menarik perkataan budi itu dikaitkan dengan hutang)

Anyway,

Perkara kedua ialah saya ada follow facebook Director CASIS UTM dan kerapkali juga saya like status2 beliau di FB. Saya kenal beliau namun saya tak pernah bersemuka langsung dengan beliau. dalam erti kata lain, beliau tidak sama sekali mengenali saya.

This is where it is getting interesting, somehow my abah met up with him in an occasion tonight. I guess while having their conversation, they had been exchanging their name card. Apa yang memeranjatkan ialah dia kenal abah saya which is lagilah absurd sebab abah saya memang langsung tak pernah berjumpa. Dia kata dia kenal abah saya sebab pernah like dan komen di fb beliau (quoting my facebook name). When I heard that, I was dumbstruck and sangat terharu sebab bagi seseorang yang berjawatan tinggi mengingati someone yang pernah like dan komen facebook beliau sedangkan ramai lagi yang kawan dan follower beliau. (TT3TT) semua nya sebab nama facebook saya ialah nama nickname saya dan nama abah saya sekali. jadi nick name ni biasanya kalau orang yang tak kenal takkan tahu nama ni. kebiasaannya orang akan panggil nama abah saya kalau mengenali saya melalui facebook hehehe.

In conclusion,
I feel that these two events are one of the nicest thing to happen this year and wait for ye dear Director of CASIS, InsyaAllah, I will be studying under you in the future. Amiiinn!!! :D

Sincerely,

KA

Comments

Popular Posts