Bedar Sukma Bisu - Ulasan
Salam u'olls,
Alhamdulillah novel yang telah lama dibeli dan diperam akhirnya berjaya dilunaskan bacaannya. :)
Ini merupakan novel yang terbaru saya beli hasil karya Faisal Tehrani. Kebanyakan novel beliau telah saya kumpulkan dan sesungguhnya saya sangat menyukai penulisan beliau.
Namun begitu saya masih merasakan novel Bedar Sukma Bisu bukanlah naskhah terbaik beliau. Ini hanya berdasarkan pengalaman saya, sesuatu naskhah itu jika ianya menarik, saya tidak akan tertangguh2 untuk menghabiskannya. Namun begitu untuk novel ini, saya telah menangguhkan pembacaannya untuk masa yang lama.
Akan tetapi saya masih mampu menghabiskannya dalam masa dua hari sahaja. Ini menunjukkan novel ini masih dalam pilihan saya malah masih berbisa untuk menarik minat saya menghabiskannya. Cumanya di dalam novel ini mempunyai banyak istilah teknikal berkaitan industri perkapalan yang saya tidak pernah ketahui. Ini mengendurkan kelajuan pembacaan kali ini.
Pada hemat saya, novel FT tetap menarik dan informatif. Beliau tidak pernah mengabaikan sisi akademik dalam setiap novel beliau.
Untuk novel ini saya bagi 8.0 bintang :)Memang saya sarankan untuk memiliki novel ini sebagai koleksi pembacaan anda semua.
serangkap pantun untuk novel ini daripada saya,
Semenanjung emas Suvarnabhumi
Lautan mainan pemuda-pemudi
Jadi bualan penduduk Bumi
Kaya-raya masih berbudi
P/s: Banyak sungguh kosa-kata tahap tinggi dalam novel ni.
P/s: Penamat buku ini mendukacitakan :(
Comments