Anda sebenarnya lebih tua daripada yang anda ketahui?


Salam u'olls
Cuba kira sendiri :)

Tiba2 saya teringat mengenai komentar pensyarah saya mengenai elaun 1 bulan bonus yang diberikan kepada pekerja setiap akhir tahun. Beliau berkata bahawa sebenarnya kita telah diperbodohkan oleh pemberian elaun bonus itu kononnya kita patut rasa bershukur di atas pemberian tersebut walhal itu merupakan hak kita pada mulanya. Saya yang mendengarnya termenung sebentar akan kenyataan beliau. Issshhh macam mana pula itu hakmilik kita pulak. Beliau kata cuba fikir balik dalam setahun ada dalam 52 -53 minggu setahun. Cuba bahagikan dengan 4 minggu sebulan, jawapannya ialah 13 bulan yang bermaksud kita sebenarnya bekerja untuk sebulan lebih dengan bayaran 12 bulan. Kalau yang dapat bonus sebulan itu dikira beliau dibayar untuk 13 bulan tetapi kepada mereka yang tidak dapat bonus, maksudnya mereka dibayar untuk 12 bulan bagi kerja selama 13 bulan. (O_O)
Secara kesimpulannya kita menyangka bahawa kita telah diberikan sagu hati sedangkan yang kita perolehi hanyalah gaji yang sePATUTnya menjadi hak kita pada mulanya. Huhuhu
Bagaimana kita nak perbaiki sistem ini, bayar ikut jam?

Baiklah berbalik kepada lebihan satu bulan setiap tahun, jika difikirkan kembali bukankah bermaksud umur yang kita canang2kan dan uar2kan sebenarnya satu penipuan jugak.

Sebagai contohnya,

bagi seseorang yang berumur 12 tahun mengikut sistem kalendar sekarang, jika ditambahkan setiap tahun lebihan sebulan itu, ini bermakna dia sebenarnya dah berumur 13 tahun bukannya 12 tahun. (O_O)

Bagaimana pulak dengan yang berumur 24 tahun? Maknanya dia dah berumur 26 tahun

Kalau yang berumur 40 tahun? Dia sebenarnya berumur 43 tahun ++.

Manakala kalau yang berumur 50 tahun, dia dah berumur 54 tahun ++.

Hmm this is getting interesting for me.

Iyalah, pada hemat saya nombor ini memainkan peranan kepada perspekti manusia itu. Sebagai contohnya dalam bidang perubatan, umur ini memainkan peranan penting dalam banyak jenis penyakit yang mengikut umur masing2. 


"Time did not just slip through your hands but YOU makes it slips more than it suppose to be"


Malah perspektif terkini berkenaan insan2 yang merasakan umur kita ini sangat pendek/semakin pendek mungkin disebabkan kesilap-bacaan mengenai umur kita sebenarnya. Kita merasakan pendek sebab pengiraan dewasa ini yang mengikut kalendar masihi telah menghilangkan/memendekkan umur kita sedangkan hakikat nya (realiti dan kebenarannya) umur kita lebih tua daripada yang kita fahami.

Mungkin kena kembali balik kepada kiraan mengikut bulan kot barulah sesuai dengan fitrah manusia. Alamak bertambah tua la aku ni huhuhuh :P

Ini hanya sekadar pandangan peribadi sahaja dan tilikan sendiri berdasarkan pandangan pensyarah di atas. 

Sincerely,
KA

Comments

Popular Posts