Kursus Elektif Diraja
Salam u'olls,
Alhamdulillah sudah tamatnya kursus elektif 3 minggu di wad Perubatan Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Khamis (2 Jan 2014) lepas.
Pengalaman berada di hospital ni amatlah dihargai dengan dikelilingi oleh MO2, Specialist2 dan rakan2 pelajar yang mesra, baik dan banyak membantu dalam proses pembelajaran.
Memang banyak perbezaan bila berada di hospital tentera dengan hospital awam ni. Yang pastinya saya sangat sukakan persekitarannya yang beraircond ;). Orang kata tak berpeluh seharian hehehe. Kalau kat hospital awam, belum sampai wad dah bermandi peluh.
Anyway, ramai kenalan baru dari pelajar UPNM yang kini berada di tahun 3 kursus perubatan. Pakaian diorang ni memang smart lah dengan uniform tentera dan labcoat. Diorang ni sangat ramah, penat lah jugak kena panggil abang, hahahha dah lama tak dengar orang panggil abang. Selama ni yang panggil abang2 ni zaman sekolah menengah dulu2. Hehehe takpe je...layan je...hahaha. Apa2 pun diorang ni memang superb, banyak jugak la belajar balik dengan diorang especially berkaitan fisiologi dan farmakologi...yela..dah lama kot tinggal. Yang pastinya dari segi knowledge-wise, diorang ni memang tip-top. ^____^
Aktiviti harian pula ialah mengikut ward round MO pada sebelah pagi dan pada sebelah petang ward round dengan Specialist pulak. Selain itu adalah beberapa prosedur yang berjaya diikuti. Alhamdulillahlah saya seorang sahaja pelajar elektif kat situ dan setakat ni wad perubatan ni tak ada HO. Jadi untuk ward round ni hanya ada saya, MO, nurse +/- Specialist. So semua benda one-to-one nya experience. :)
Seperkara lagi bila di hospital tentera ni secara protokolnya sangatlah berbeza daripada hospital awam. Jadinya adalah ilmu baru yang dipelajari :)
Hari ini 6 Jan 2014, tahun baru mengikut kalendar Masihi telah mula melakar manakala tahun 2013 telah melabuhkan tirai. Ini menandakan tak sampai 5 bulan lagi untuk aku pula melabuhkan tirai pengajian aku ni. Semoga semuanya akan berjalan lancar, Amiiiinnn!
Sedikit gambar2 untuk tatapan semua.
Student UPNM tunjuk terrer main giter XD
Nurse2 yang banyak memberi tunjuk ajar
Ketua Jabatan yang Macho :)
Diorang lepas exam clinical
MO yang banyak mengajar dan sporting :)
Sapa yang mampu macam diorang ni jalan kaki ke masjid -___-"
Aku naik kereta je...penat kottt, dahlah jauh.
Comments
Sy sgt berminat nk buat elektif kt sni jugak sbb sgt dekat dgn rumah hehe. Can i have your contact num or fb ke nak tanya skit psl hosp ni.
Thanks in advance brother,