Kisah Cinta

Sedang saya sibuk melayari internet sambil melayan lagu2 kegemaran saya tiba2 lagu M.Nasir Juwita dimainkan.....sambil mendengar saya berfikir apa yg cuba disampaikan oleh M. Nasir melalui lagu baru ni

M. Nasir - Juwita

Bagaimanakah aku gambarkan
rasa yg membakar jiwaku
Tiada kata yg tak cliche
Bagai habis bahasa bermutu

Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu Taj Mahal didirikan ooo

Barangkali kita perlu melihat di sebalik materi
Kau Wanita
Aku lelaki
Ayuhlah kita mengikat janji

Engkau juwita
menolak segala dusta
Cita terindah
Cerita yg sakti

Kuserahkan nasib ku pada cinta murni
Untuk kau ku rasakan bukti
Patahkan ku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi....oooo....
Pujaan........ooooo.......
Juwita............
Kaulah segala-galanya...............

AH...betapa indahnya lirik itu...disulami kata-kata yang berbunga... mengikat cinta antara uda dan dara....indahnya cinta pasangan kekasih yg masing2 masih teruna dan dara...oh indahnya cinta yg disulami nafsu... oh indahnya cinta sejati dibawa hingga ke akhir hayat...ah indahnya cinta pabila sang teruna melawan arus api lautan sekalipun demi cinta sejati sang dara.... ah indahnya pabila pasangan bercinta berteleku di bawah sinaran bulan mengambang yang romantis...

Sayangnya itu bukan yg cuba disampaikan oleh M. Nasir... beliau seorang yg berfalsafah.... tidak mungkin beliau cuba menghasilkan lirik cintan-cintun tanpa makna.... kerana itu bukan diri beliau.... apabila ditanya wartawan adakah beliau sudah berhenti berfalsafah dan mula menghasilkan karya yg mungkin dianggap sampah oleh ahli falsafah.... beliau menjawab bahawa beliau cuba menukar arah angin yang selama ini beliau lalui....

Namun pada pendapat saya karya beliau masih berfalsafah dalam lingkup Islam. Ini kerana walaupun karya beliau seolah-olah pasangan remaja bercinta tetapi beliau masih menyelitkan budaya Islam....dlm setiap rangkap....dan cinta yg cuba ditonjolkan masih dalam lingkup tersebut...

Baiklah....pada rangkap pertama beliau berpuitis tentang perasaan beliau....

rangkap kedua beliau berckp mengenai wanita yg beliau cintai dan beliau sanggup hadiahkan tugu Taj Mahal utk wanita itu kerana wanita itu sgt istimewa.

rangkap ketiga beliau mengajak wanita itu utk melihat di sebalik materi (material) dan mengajak wanita itu utk mengikat janji

rangkap keempat beliau memanggil wanita itu juwita dan mengatakan wanita itu menolak segala dusta...

rangkap kelima beliau sanggup menyerahkan nasib beliau kepada wanita yg disayangi utk dijadikan bukti....walaupun badan beliau musnah, wanita itu tetap menjadi pujaan nya

okla....rangkap2 di atas sebenarnya berkait rapat antara satu sama lain. Wanita yg dicari ialah seorang yg menolak dusta tidak kira dusta mengenai agama, bangsa, negara dan perkara2 lain(rangkap 4). Jika wanita itu mempunyai ciri diatas tiada kata pujian yg setaraf utk dilontarkan lagi(rangkap 1) . Wanita jenis ini merupakan wanita istimewa sehingga beliau sanggup memberikan tugu taj mahal seperti mana maharaja Islam itu mengabadikan kisah cintanya terhadap isteri dgn membina tugu itu(rankap 2). Namun jika beliau ingin memiliki wanita itu maka ikatan perjanjian perlu dilakukan(perkahwinan) barulah beliau memiliki wanita pujaan beliau(rangkap 3). Mengapa beliau memilih wanita itu, ini kerana beliau tidak menilai material tetapi rohaniah yg lebih ditekankan(rangkap 3). Oleh itu beliau sanggup memperjudikan diri beliau demi cintanya beliau terhadap wanita solehah itu....walaupun badannya musnah beliau akan tetap menyintai wanita merangkap isteri beliau....

Lihatlah....mmg lagu cinta tetapi lagu cinta yg berfalsafah dan indah kerana ia lebih merupakan kisah cinta antara seorang suami dan isteri serta kisah cinta lelaki kepada Tuhannya dan begitu jua wanita itu iaitu wanitayg alim...

saya harap ini merupakan apa yg difikirkan oleh M.Nasir namun jika anda mempunyai sebarang komen...sila tinggalkan komen anda....segala yg baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu merupakan kelalaian saya, hamba Allah yg lemah.

Comments

Popular Posts