Sikap pelupa
Assalamualaikum....
Hari ni saya menulis artikel saya yg kedua...yes berganjak jugak saya.. ok hari ini saya ingin membincangkan situasi yg dihadapi oleh saya di Bumi Allah Australia ini yg majoritinya orang bukan Islam. Malah saya tinggal di rumah bersama dengan housemate bukan Islam. mAlah saya seorang sahaja muslim dalam rumah itu.Hmm...bukan senang sebenarnya duduk dengan orang bukan Islam ni, seribu satu masalah dan persoalan akan dibangkitkan tetapi hanya kesabaran dan sikap mengalah telah menyebabkan saya berjaya tinggal di rumah ini utk hampir 7 bulan. Kalau bukan kerana dua sikap ini sudah pasti pergaduhan berskala besar sudah berlaku. Tetapi ini bukan bermaksud tidak ada pertengkaran berskala kecil tetapi tidaklah ke tahap yg membimbangkan. Oh ya saya ingin kongsikan dengan para pembaca sekalian mengenai sikap rakan-rakan serumah saya ini yg pada pandangan saya amat menarik dan jika diambil iktibar pasti boleh menyatupadukan kita semua. Berkenaan dengan pertengkaran yg saya beritahukan itu...saya ada mengatakan bahawa pertengkaran itu tidak membawa kepada kemusnahan. Rahsianya ialah rakan-rakan saya ini orangnya jenis mudah lupa akan apa yg ditengkarkan. Apabila pertengkaran itu sudah habis, mereka melupakannya dan apabila kami berjumpa kembali seolah-olah mereka berjumpa dengan diri kita sebelum pertengkaran berlaku. Pada hemat saya sikap ini sangat bagus dan wajar diamalkan oleh masyarakat muslim agar segala persengketaan dapat dilupakan dan perkara yang lebih penting didahulukan. Contohnya seperti perlagaan atau pergeseran di antara puak syiah dan puak sunni. Jika segala perbezaan pendapat, pertengkaran, peperangan, dan segala macam bentuk lagi dapat diketepikan seperti mana yg dilakukan oleh rakan2 serumah saya pasti umat Islam tidak akan ditindas kerana telah bersatu padu di atas nama Islam. Berbalik kepada rakan serumah itu, di atas sikap mereka saya sendiri yang rasa serba salah kerana pada hemat saya, saya telah melakukan kesalahan tetapi saya masih dilayan balik. Kadang-kadang apabila pertengkaran berlaku, saya terasa hendak mengamuk tetapi berkat kesabaran dan apabila memikirkan sikap mereka yang baik itu terhadap saya maka perasaan marah itu hilang. Itu kuasa Allah, kadang-kadang orang bukan Islam lebih nampak perangai keIslaman daripada orang Islam itu sendiri.Mungkin Allah ingin kita mengambilnya sebagai tauladan yg berguna untuk diri kita juga, InsyaAllah. Saya tidak mahu komen lebih lagi....saya hanya mengharapkan zaman keemasan Islam akan kembali dan walaupun saya tak berkesempatan utk merasanya masa saya muda...biarlah anak saya membesar dalam fitrah sebenarnya. Sesungguhnya segala yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu dtg dari diri saya sendiri yang lemah...

Comments