Selangkah ke Alam Masa Lampau -Lembah Bujang- Edisi Ke-2

Salam u'olls,

Tiba2 teringat beberapa perbualan semasa berada di Lembah Bujang semalam. Salah satunya perbualan dengan pengawal keselamatan di situ. Masa berborak dengan beliau ni baru sedar bahawa penemuan yang dilakukan oleh pihak USM ni bermula pada tahun 2007 dan mereka mula membeli tanah tu pada tahun 2009 dengan harga yang agak lumayan. Seram dengar nilai tanah tersebut yang dibeli berkali2 ganda daripada harga asal.

Di atas kejahilan sendiri saya pun ada bertanya mengapa perkara ini semacam tidak diketahui ramai. Beliau pun menjawab ada sahaja berita ini keluar kat suratkhabar malah keluar kat tv jugak. Oh saya pun bertanya lagi adakah keluar kat tv1? Beliau mengiyakan apa yang saya katakan. 

Dalam hati saya terfikir bahawa ada kemungkinan berita tu memang keluar tetapi hanyalah di muka surat belakang dan tv1? hehehe saya memang jarang tengok tv1. 

Sekarang mari kita buat perbandingan di antara negara Malaysia dan negara Korea Selatan di mana penghargaan mereka terhadap senibina lampau amat tinggi.

Pada tahun 2011, kerajaan Korea Selatan telah berjaya mendapat kembali manuskrip Dinasti Joseon daripada kerajaan Perancis. Manuskrip ini telah dirampas ketika ekspedisi ke atas Korea pada tahun 1866. Di atas kejayaan itu, sebuah rancangan bertajuk Running Man telah mengadakan episod edisi khas berkenaan kembalinya manuskrip itu. Ianya disiarkan oleh tv SBS. 

Rancangan Running Man ini bersifat komedi hiburan. Ianya setakat ini antara program yang mendapat rating tertinggi dalam negaranya. Tentu penontonnya ramai dan sudah pastinya umur penontonnya dari kanak2 hingga ke dewasa. Menariknya walaupun ianya berunsurkan hiburan namun begitu di atas semangat menghargai sejarah negara, ianya masih berusaha membawa isu itu dengan jayanya kepada umum. Makanya dengan nilai ratingnya yang tinggi, publisiti yang lebih meluas dalam membawa informasi ini kepada rakyat jelata dengan jayanya. Malahan yang lebih menariknya, tv SBS ini merupakan tv swasta namun ianya masih bersifat nasionalistik apabila melibatkan hal2 kepentingan negara bukannya menolak ke tepi hal2 ini seperti tv2 swasta negara ini.

Salah satu yang menarik di muzium Lembah Bujang ini ialah kehadiran satu alat yang digunakan oleh atuk nenek kita pada abad ke 18 iaitu alat untuk memerah tebu, alat pengisar beras, alas patung dan juga perahu untuk perdagangan. Pada pedapat saya alat2 ciptaan atuk nenek kita patutnya mestilah diuar-uarkan dengan lebih meluas lagi untuk menenang hati cucu-cicit mereka bahawa atuk nenek mereka juga seorang pencipta (inventor) bukan hanya atuk nenek orang putih itu sahaja. 

Teringat saya pada rancangan bertajuk Family Outing di Korea Selatan di mana mereka memperkenalkan alat-alatan lama yang digunakan oleh atuk nenek mereka apabila tiba masa untuk mereka memasak makan malam. Malahan banyak lagi rancangan di sana yang memperkenalkan alat2 seperti yang saya sebut di atas. Pujian2 yang melambung diberikan kepada atuk nenek mereka sebagai tanda bersyukur di atas kebijaksanaan mereka. 

Kita mengetahui bahawa rakyat Korea sangat patriotik dan mempunyai jati diri yang sangat kuat. Ini, pada pendapat saya, merupakan hasil daripada polisi negara mereka yang mementingkan ilmu berkenaan susur galur mereka/sejarah. Makanya, janganlah dituding jari kepada rakyat kita jika mereka semua tidak sepatriotik seperti yang pemimpin2 negara kita inginkan jika nilai2 patriotik kita yang ingin diterapkan oleh pemimpin hanyalah bersifat retorik dan tidak mementingkan kepentingan sejarah dalam pembentukan sifat patriotik dan jati diri yang kukuh. Polisi negara kita yang merosakkan sejarah negara itulah punca kepada ki-tidak-patriotik-an rakyat jelata negara Malaysia ini. Contoh lain yang boleh dilihat boleh dibaca di sini.

Akhir kata, apa yang menarik untuk difikirkan ialah apabila kita memuji atuk nenek kita pandai maka secara tak langsung kita mengatakan diri kita sebagai cucu-cicit mereka itu pun pandai juga. Jika kita menuding jari mengatakan atuk nenek kita sebagai bodoh maka secara tak langsung 4 jari kita mengatakan kita pun bodoh.

Ibu bapa yang pandai melahirkan anak yang pandai tetapi ibu bapa yang bodoh melahirkan anak yang bodoh. Ibu bapa berpendidikan akan melahirkan anak yang berpendidikan tetapi ibu bapa yang kurang mementingkan pendidikan akan melahirkan anak yang tidak berpendidikan. Oleh itu anak yang tidak berpendidikan akan melahirkan anak yang tidak berpendidikan juga... it is a vicious cycle. Oleh itu janganlah terlalu rasa terhina dengan menghina pula atuk nenek kita. Mereka sangat bijak tetapi kita yang kabur pandangan kita akan kebijaksanaan mereka. Janganlah disebabkan kekhilafan kita akan kehebatan mereka, kita terus menutup mata dan terus memutuskan hubungan kita dengan mereka malahan tiada seinci pun usaha kita untuk menggali kembali khazanah yang bernilai daripada mereka. 



-Anak kecil perlu diberikan pendedahan seawal mungkin-

-hahaha nasib baik muat-

-Perahu Sagor yang digunakan sebagai alat perdagangan-

-Alas patung-

-Mesin pengisar beras abad ke 18-


-Lesung yang digunakan ketika majlis keraian-


-Alat pengisar soya yang digunakan oleh orang Korea Selatan-



Comments

Popular Posts