Selamat Hari Raya!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dipertemukan kita semua akan bulan Syawal 1458 Hijrah. Setelah sebulan menempuh Ramadhan, tiada lain yang diingini melainkan keampunan dan rahmat dari Allah yang maha Esa. Syukur juga tiada terhingga kerna dengan lahirnya Rahmatan 'alamin yang menyinarkan cahaya ke pelusuk dunia sehinggalah tibanya cahaya itu ke alam Melayu yang dengan penuh rasa insafnya daku bahawa jika tanpa Baginda Rasulullah saw pastinya kita takkan mencium bau Ramadhan malah Syawal. Baginda rasul yang terutama yang merupakan kekasih Allah yang paling tinggi maqamnya di sisi-Nya telah menjadikan diri Baginda suri tauladan bukannya sekadar ikut-ikutan, puja-pujaan mahupun idola semata-mata. Bagindalah suri tauladan untuk yang tua, yang dewasa, yang muda malah yang kanak2. Tiadalah yang lain melainkan baginda. Rasulullah jua seperti yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah sebagai Al-Qur'an berjalan yang di mana tanpa baginda sudah pastilah kita termangu menafsir Al-Qur'an malah menafsir adat berpuasa di bulan Ramadhan.

Semoga dengan izin yang maha Esa, aku kan ketemu lagi Ramadhan tahun hadapan, insyaAllah.

Kepada semua, Selamat hari raya aidilfitri!
Maaf zahir batin.

Yang tulus ikhlas,
KA

Comments

Popular Posts