Selamat Hari Ibu! Mother's Day

Seorang ibu yang luar biasa adalah seorang ibu yang melawan. Ibu itu melawan ketidakadilan, melawan arus menentang masyarakat, melawan kejahatan, melawan penganiayaan, melawan penindasan, melawan dengan nilai keibuan dan juga sepenuh kudratnya.

Empat ibu yang diberi penghargaan besar kerana menjadi ibu yang melawan terpapar dalam hadis ini:

‘Sesungguhnya wanita ahli syurga yang paling utama adalah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad saw, Maryam Binti Imran, dan Asiah binti Mazahim.’ 

Hadis ini dapat ditemui dalam Mustadrak al-Shahihain Jilid 2, halaman 497. Al-Hakim menegaskan hadis ini adalah sahih. Hadis turut diriwayatkan dalam Tafsir al-Durr al Mantsur, Jilid 8, halaman 229.

Kita tahu Maryam jerih melawan masyarakatnya yang korup moral; dia mempertahankan kesucian dan keimanannya seraya bersedia berkorban membawa visi tauhid yang luar biasa.

Perlawanan Maryam berakhir saat ia wafat.

Kita tahu Khadijah cekal melawan tanggapan dalam masyarakat di kemuncak kejahilan; dia mempertahankan suaminya Rasulullah saw dengan harta dan kebangsawanannya sambil meyakini pesan dan wahyu dari langit.

Perlawanan Khadijah usai saat ia wafat.

Kita tahu Asiah terpaksa melawan di tengah penindasan yang sengit; dia terpaksa melakukan taqiyyah dengan menyembunyikan keimanannya daripada suami sendiri demi memastikan seorang utusan Allah membesar padu di bawah peliharaannya.

Perlawanan Asiah berpenghujung saat ia syahid dibunuh Firaun.

Tidak ramai orang yang tahu tentang Fatimah, model ibu yang juga melawan. Fatimah melawan siapa? Apakah perlawanan luar biasa dan tekanan yang harus dihadapinya. Apa perlawanan Fatimah yang mendapat tempat di syurga. Apa kekuatannya setanding Khadijah ibunya, Maryam dan Asiah?

ikuti artikel penuh di link blog ini

dikutip dari blog saudara Faisal Tehrani.

Tidak lupa untuk mengucap selamat hari ibu buat umi tersayang, Salina Bukhari. Terima kasih tidak terhingga di atas segala pengorbanan yang telah umi lakukan sepanjang 21 tahun saya hidup di dunia ini dan 9 bulan di dalam kandungan umi. Saya doakan umi sihat walafiat dan diberkati hidup....

dan juga selamat hari ibu buat kedua-dua nenek saya, Salmah dan arwah Siti Esah, kerana telah membesarkan anak-anak beliau hingga menjadi insan yang sangat istimewa di hati cucunda ini iaitu abah dan umi. Terima kasih!!!!!!

 

SELAMAT HARI IBU !!!!!

Comments

'adz said…
ko join ke baling relief mission ni??

Popular Posts