Perjanjian Toleransi Agama bertulis pertama di dunia!
24 April 03, kami bersiap-siap untuk memulakan perjalanan. Hari ini hari jumaat dan kami akan bersembahyang di al-Aqsa. Kami keluar dari Jacir Palace Hotel di Bethlehm jam 9 pagi.
Ketika semua ahli rombongan masuk ke dalam coster, naik seorang budak berumur lebih kurang 9 tahun. Dia menjual poskad. Dia menjual satu set poskad dengan harga 2 USD.
Beberapa orang dari kami membeli poskad yang dijualnya. Lebih kepada untuk membantu. Setelah membayar, budak ini mula turun dari coster. Saya membelek poskad ini, kesemua poskad yang dijual adalah gambar tempat-tempat suci kristian.
Saya terus memanggil budak ini dan menyatakan,
"Adik, ada tak yang lain, yang ini semua gambar kristian. Takkalah saya nak beli gambar tempat-tempat kristian, kita kan orang Islam."
"Tak ada, ini sahaja yang saya ada", budak ini menjawab.
"Mmm, kalau macam tu tak apa la", kata saya.
Coster mula bergerak. Dalam perjalanan, saya berbual-bual dengan Nasir.
"Mr. Muhammad, saya lupa nak bagitau kami sesuatu"
"Apa dia", Tanya saya
"Di sini, kita takkan kenal mana satu orang Islam mana satu orang kristian. Walaupun nama dia Islam, belum tentu dia Islam" jelas Nasir.
"Orang kristian di sini tak sama dengan orang kristian di tempat lain. Orang kristian di Jerusalem diikat dengan perjanjian Umar dan kami sangat menghormati perjanjian ini" Nasir menambah.
"Orang kristian di sini kebanyakkannya dari bangsa Arab Pelestin juga. Jadi mereka juga ditindas oleh yahudi". Katanya lagi.
Baru saya teringat. Memang sikap orang kristian di sini agak berbeza dengan tempat lain. Mungkin kerana semangat kebangsan Arab itu lebih kuat berbanding dengan semangat kristian yang ada.
Ketika Saidina Umar datang ke Jerusalem untuk membuka kota ini, beliau disambut oleh orang kristian di sini. Mereka menurunkan gambar-gambar pensaliban ketika Saidina Umar diajak melawat gereja-gereja di sini. -bersambung-
sila baca sambungannya di blog ini http://www.ustazamin.com/2009/05/universiti-kehidupan-69-kristian-di.html

Comments