Sangatsu Konoka


gambar ini takde kena mengena sebenarnya cuma ada perkataan March tu jer =P

Hari ini 09/03/09. Bangun pagi tadi sedar hari ini bertarikh sedemikian. Teringat lagu dalam drama bersiri jepun, 1 Liter Air Mata bertajuk Sangatsu Konoka. Hmm...apa yang istimewanya bulan Mac ni. Jom kita tanya Pak Haji Google. Bulan Mac ini seperti yang kita tahu merupakan bulan ketiga dalam kalendar gregorian dan merupakan bulan yang mempunyai 31 hari. Tapi...tapi tahukah anda bahawa bulan Mac sebenarnya merupakan bulan pertama jika mengikut tabiat Rom Purba di mana nama bulan Mac ini sebenarnya Martius diambil daripada nama Dewa Perang Rom, Mars.

Owh sebelum terlupa, apa itu sangatsu konoka? Sangatsu Konoka itu bermaksud March/09. Mesti tertanya-tanya kenapa terbalik sedangkan kita biasanya guna 9 hb Mac. Cuba klik link ini untuk menjawab persoalan tersebut.


Baiklah apa emblem untuk bulan Mac? Kalau di Jepun emblem nya ialah bunga Daffodil. Tapi rasanya kat sini pun bunga daffodil juga.

Sebelum itu...sebab apa orang-orang dahulu guna bulan Mac sebagai bulan pertama? dengan Britain menggunakan bulan Mac sampai 1752 sebelum mengambil kalendar gregorian sebagai tata cara hidup mereka dan banyak lagi budaya dan agama memulakan tahun dengan bulan Mac.

Ini sebabnya, bulan Mac ini dianggap sebagai permulaan musim bunga dan permulaan kempen perang pada masa itu.

Apa-apa pun, musim bunga sudah bermula, CCMB pun sudah bermula. Musim yang membawa kesuburan kepada kehidupan.

Selamat Datang Musim Bunga, Selamat Tinggal Musim Sejuk!!!

Kepada sesiapa yang berminat untuk membantu Irish Cancer Society untuk mengutip derma boleh berbuat sedemikian di link ini. Anda akan perasan kehadiran bunga daffodil.

disertakan juga klip video Sangatsu Konoka, kepada yang tahu cerita ini...jangan tak nangis tau masa menonton video ini...hehehehe....sedey wooo


Comments

jelikweyh said…
bulan 3 eyh ???

my birthday is coming ...

hehehe ...

Popular Posts