Misi Membalas Dendam!

“Eh, Khairul. Minggu ni lab kita kena bedah jantung kan?” tanya Auni Nadiah Rameli.

“Khairul, this week we need to dissect sheep’s heart right?” asked Maria Ramon.

“Yes, isn’t that great!” I answered. =D

Inilah perbualan-perbualan yang kami bualkan minggu lepas sementara menunggu hari (26/03/09) kami perlu masuk ke dalam makmal serbaguna (baca: Multipurpose Laboratory) kami.

Saya sendiri merasa teruja dengan aktiviti praktikal.

“Tak sabarnya aku!” bisik hatiku ini.

Bukanlah tak pernah buat dissection sebelum ni. Pengalaman di Australia dulu lebih pelbagai. Ketika di Pengajian Asasi Universiti-universiti Australia Barat (baca: Western Australian Universities Foundation Program), kami sekelas, seramai 16 orang telah diberi peluang untuk membuat pembedahan untuk 3 jenis organ iaitu otak (kambing biri-biri), mata (lembu) dan jantung (kambing biri-biri dan babi). Setiap organ untuk dua orang (memang puas lah)

“Baiklah semua, hari ini kita membedah mata lembu sebagai praktikal kepada topik Mata yang kita pelajari semalam” kata guru Biologi Manusia.

“Sebelum itu, sila maju ke hadapan. Saya akan tunjukkan apa yang anda semua perlu lakukan dan perlu capai dalam praktikal anda hari ini”

Kami semua berkumpul di hadapan guru kami yang siap dengan sarung tangan sambil memegang bebola mata lembu itu.

“Baiklah, sila lihat sini. Apa yang menarik mengenai mata ini seperti yang kita ketahui ialah keunikan kanta nya. Cuba lihat ya”

Beliau telah melakukan sedikit torehan di atas mata berdekatan dengan kanta menggunakan skapel. Dengan menggunakan gunting, beliau membuat lubang dan memicit keluar kanta daripada mata tersebut. Lalu beliau meletakkan kanta di atas sehelai surat khabar. tulisan di atas surat khabar itu kelihatan lebih besar daripada saiz sebenar jika dilihat melalui kanta tersebut.

“Wow!! Semua relajar teruja. =D

“Tapi Harry, ada benda yang menghalang tulisan itu. Nampak kabur,” ujar seorang pelajar.

Lupa nak beritahu, nama guru kami Harry dan kat sini kami panggil guru kami dengan nama beliau sendiri. Tak perlu bercikgu-cikgu atau berencik-encik. Nampak macam kurang ajar tapi saya berpendapat hubungan antara guru dan relajar dapat dirapatkan dan status antara keduanya sama bak kata “pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah”.

Berbalik pada cerita tadi.

“Oh James, itu katarak.”

Menarik, lembu pun ada katarak. =D

Pengalaman menemui katarak itu sangat mengujakan tapi pengalaman itu tidak diabadikan di dalam sekeping gambar pun. Maka untuk praktikal kali ini, saya mengambil gambar sepuas-puasnya sebagai tanda balas dendam.

“Tak Kira lah orang nak cakap apa, jakun ke, terlebih excited ke, apa kejadah ke, aku mesti ambil gambar kali ini” getus hatiku.

Jadi misi untuk mengambil gambar telah berjaya dilakukan dan dengan ini saya mempersembahkan koleksi gambar-gambar pembedahan kecil ku

Hohoho~~~ (gelak jahat)

sebelum pembedahan dibuat

Oh jantungku~Ini Connor, Irish Lad

Dari kiri: Soon Young Hwa (Korea Selatan), Maria Ramon (Cuba), Auni Nadiah Rameli (Malaysia) dan Asma (Bahrain)
Kelas kami sangat majmuk

torehan pertama menampakkan ventrikel dan atrium kanan

p/s: Gambar-gambar seterusnya akan dikemaskinikan di artikel seterusnya

Comments

Popular Posts