Knowledge

ILMU DARI PERSPEKTIF ISLAM



Rukun Islam ini terbahagi kepada 5 iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mengerjakan solat 5 kali sehari semalam, berpuasa di bulan ramadhan, mengeluarkan zakat, dan mengerjakan haji.

Mengucap dua kalimah syahadah ini mengikat diri kita dgn Allah dan Nabi Muhammad. Dlm erti kata lain, patuh kepada perintah Allah, menjauhi larangan Nya dan mengikuti Sunnah Nabi Muhammad.

Mengerjakan solat 5 kali sehari semalam bertujuan untuk umat Islam saling kenal antara satu sama lain. Malah membantu dalam mendisiplinkan diri.

Berpuasa di bulan Ramadhan membantu melatih dan mengekang nafsu serakah yang bergelora.

Mengeluarkan zakat menanam sifat tolong-menolong dan menjauhi sifat bakhil, kedekut dan zalim.

Mengerjakan haji itu mengingatkan kita akan diri kita itu hamba yg lemah. Malah haji merupakan cara penyatuan umat Islam tidak mengira bangsa dan warna kulit.

Bercakap mengenai ilmu dlm perspektif Islam, perkataan ilm’ atau ilmu itu merupakan perkataan ketiga terbanyak dlm Al-Quran selepas perkataan Allah dan Rabb(konsep ketuhanan)


Motivasi untuk menuntut ilmu di dalam hadis à tuntutlah ilmu hingga ke Negara China
à wajib untuk menuntut ilmu baik lelaki
mahupun perempuan

Motivasi drp Al-Quran à Ditingkatkan beberapa darjat bagi org yg berilmu dan beriman

Maka…dlm erti kata untuk menigkatkan diri kita di sisi Allah bukan setakat berilmu sahaja malah beriman juga. Iaitu… iman, taqwa dan ilmu berjalan seiring.

Tanggungjawab kita terhadap ilmu terbahagi kepada dua iaitu fardu Ain dan fardu kifayah.

Fardu Ain wajib dipelajari oleh setiap manusia. Yang akan membantu kita di akhirat hanyalah amal ibadah/fardu Ain/ilmu agama dan syafaat Nabi Muhammad (tapi itupun kalau kita ikut Nabi). Ilmu ini mesti dipelajari sepenuhnya dan dituntut setiap masa sbb Allah ttp ada setiap masa.

Ilmu fardu kifayah ini merupakan hal2 keduniaan atau dlm erti kata yg lain membantu hidup di dunia. Ilmu ini hanya dituntut utk dipelajari sekadar sekelompok manusia shj. Ini kerana ilmu ini seperti ilmu perundangan, tidaklah wajar dipelajari oleh seluruh Negara. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan hidup di dunia.
Ilmu fardu Ain dan kifayah mestilah dinamik di mana jika ilmu fardu kifayah bertambah maka ilmu fardu Ain mestilah bersama-sama bertambah dr semasa ke semasa.

Ciri-ciri masyarakat berilmu ialah masyarakat mestilah meletakkan ilmu sebagai nilai yg paling tinggi.

Terdapat tiga kategori ilmu iaitu ilmu sebagai matlamat, ilmu sebagai alat (duit), ilmu sebagai matlamat dan alat(mencari kerja). Ilmu sebagai matlamat lah yang mengangkat nilai diri manusia itu. Berdasarkan firman Allah : Tidak sama org yg mengetahui dgn org yg tidak mengetahui.

Secara umumnya, pengetahuan agama yg akan mengangkat martabat manusia

Ciri berikutnya ialah masyarakat mestilah menuntut ilmu secara berterusan atau tanpa had masa. Selain itu, ilmu mesti dicari kerana ilmu itu sendiri.

Kesimpulannya, kita ambil contoh drp salah-seorg ilmuwan Islam, Ibnu Sina. Beliau pernah menulis autobiografi beliau sendiri di mana beliau mengatakan tiap2 hari beliau akan mencari guru untuk mempelajari ilmu. Malah apabila habis satu kitab dibaca, beliau akan mencari kitab yang lain. Pada usia 16 thn, beliau telah habis mempelajari semua ilmu pada zaman beliau. Sehinggakan pada usia 16 hingga 40 an beliau Cuma mengulang-ulang apa yg dipelajari. Pada siang hari beliau mencari guru, pada sebelah malam beliau mengulangkaji apa yang telah dipelajarinya. Beliau berkata jika beliau tidak memahami ilmu yang dipelajari, beliau akan pergi ke masjid dan bersolat serta berdoa. Selepas itu, beliau akan balik rumah untuk menyambung belajar. Apabila beliau mengantuk, beliau akan tidur. Namun semasa tidur, Allah memberi ilham kepadanya semacam penyelesaian kepada imua yg dipelajarinya dlm mimpi.

Imam Syafiee pernah berkata ilmu itu ibarat nur. Maka ilmu itu akan Allah berikan kepada org yg bersih hatinya. Yang baik itu datang dr Allah, yg buruk itu di atas kelalaian saya sebagai manusia yg lemah.

Comments

Popular Posts