Disember Musim Salju
Hari ini sudah tiba bulan Disember. Bulan cuti yang amat dinanti-nantikan....atau dalam bahasa negara 4 musim...dah masuk musim salju(menarik guna perkataan salju ni, rasa liguistik habis).
Sekadar gambar khayalan semata-mata, tidak mungkin akan terjadi di Ireland :(
Satu bulan lebih lagi sebelum peperiksaan semester akan berlangsung, aku kena melipat gandakan usaha aku untuk menelaah subjek-subjek pre-Med aku...
Sekadar gambar hiasan
Banyak yang telah aku lakukan sepanjang berada di sini, ramai rakan baru telah aku kenali (dari pelbagai negara), sesungguh aku tak sangka akan berjaya menjejak kakiku di negara Eropah untuk meneruskan pengajianku ini jika mempunyai pemikiran 2 tahun yang lepas sewaktu aku di Perth. Sesungguhnya jikalau sudah rezeki, cubalah berpaling kemana-mana pun, destinasi nya tetap itu....larilah ke mana-mana pun, ambillah jalan jauh sekali pun, akhirnya sampai ke destinasi yang sama. (itu merupakan kata-kata hikmah abah yang sentiasa ku pegang)
KALAU ADA REZEKI, MESTI DAPAT. YANG PENTING USAHA MESTI ADA.
USAHA DULU, LEPAS TU TAWAKKAL BANYAK-BANYAK
Juga tak dilupakan kepada umiku, yang banyak memberi nasihat (nasihat penaja jangan lupa) yang banyak membimbingku sepanjang aku berada di luar negara ini. Sokongan dan peransang umi sangat bermakna. Juga kepercayaan yang diberikan akan saya pegang.
Maka setiap kata-kata peransang itu(semangat, semangat, semangat) membuat kan saya kembali ke landasan sebenar.
TERIMA KASIH ABAH DAN UMI!!!! Saya SAYANG Abah dan Umi
Comments