Schull Cup 8/11/08


Muka kepuasan setelah habis pertandingan
Dari kiri:- Brent Trull, Muhammad Al-Qaydi, Tristram, Alexis(Kapten), Nikkita, Mary Ma, Naim and ME!!!




Pagi tadi kami semua telah bangun lebih pukul 7 dan bertolak ke UCC(University College of Cork) pada pukul 8.50 pagi. Lebih kurang pukul 11 pertandingan dimulakan....saya menunggu giliran saya pada kumpulan kedua....kira 50+++ orang dibahagikan kepada dua kumpulan dan setiap kumpulan dibahagi kepada beberapa kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada saya, James, Mario, Rua, Joshua, dan saya terlupa nama lagi seorang hahaha....


Keputusan Pusingan 1

K.A 4 - 5 Mario


Orang kecik tetapi laju. Saya berjaya melakukan tikaman yang mengenai sasaran banyak kali tetapi disebabkan dia laju mengikut undang-undang, sesiapa yang melakukan serangan dahulu dia berada dalam posisi menyerang. Sesiapa yang lewat dia berada dalam posisi bertahan. Maka walaupun orang yang berada dalam posisi bertahan itu berjaya menyerang dahulu dan orang yang menyerang itu berjaya menikam dia,maka dia(yang bertahan) tidak akan mendapat mata. Apa yang perlu dilakukan ialah menepis pedang pihak lawan dan melakukan serang balas. baru dapat mata. Tak apa, pelajaran baru


K.A 1 - 5 Rua


Tentangan yang hebat. Dia berjaya mengalahkan mario 0 - 5. Memang terasa tak bersemangat sebab dah dua kali kalah huhuhu. Saya masih mepunyai masalah dalam menepis pedang. kesalahan yang sama dilakukan berulang-ulang

K.A 1 - 5 Joshua

K.A 4 - 5 Seorang yang saya terlupa nama :P
K.A 0 - 5 James


Namun Alhamdulillah saya masih dikira berjaya melepasi pusingan pertama setelah kami semua diberi kedudukan berdasarkan berapa jumlah kemenangan dan berapa mata yang berjaya dipungut. Maka pihak lawan seterusnya saya masih akan bertemu dengan salah-seorang daripada pihak lawan daripada kupulan 1 iaitu Rua. Alamak matilah saya. pasti akan kalah kerana sebelum ni saya dah kalah teruk. Sudahlah perlawanan kali ini mata penuh ialah 15 mata. Lagi banyak mata kena pungut. Berdasarkan kiraan matematik saya hanya boleh dapat 3 mata sahaja huhu. Namun atas semangat diberikan oleh kapten saya, Alexis Bouvier, saya meneruskan perlawanan ini. Pantang anak melayu gentar dengan sesiapa pun =P. atau peribahasa alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Maka pertandingan diteruskan. Saya sendiri tidak mengerti kenapa tetapi tiba-tiba saya mendapat semangat baru dan segala kelemahan saya sebelum ini berjaya diatasi(walaupun tak sepenuhnya). Saya berjaya mendapat 6 mata pertama dengan Rua mendapat 2 mata sahaja. Namun dia berjaya mengejar kembali dan memintas saya dengan mata 8-6. Namun saya berjaya memintas dia dengan mata 10 - 8. kemudian kami sama-sama bergilir-gilir mendapat mata. Tetapi apabila saya tiba di mata ke-12, saya banyak melakukan kesilapan sehingga dia akhirnya menang. Maka keputusannya : K.A 12 - 15 Rua. Sedih teramat sangat saya masa tu, saya hampir mempunyai peluang tetapi telah dilepaskan begitu sahaja. Juri yang mengadili perlawanan ini memuji aksi yang kami lakukan dan dia memuji peningkatan saya dalam pertandingan ini ( dia merupakan juri yang sama mengadili kami dalam pusingan pertama). Namun saya berbangga dengan pencapaian saya dan saya akan cuba untuk menjadi lebih baik di masa depan. Saya memang tertarik dengan sukan ini sejak di UWA lagi.

Bersama juri, Garreth Sykes

Dala pertandingan ini, kumpulan RCSI berjaya membawa balik anugerah peserta permulaan terbaik(Highest Placed Beginner Award) oleh Nikkita Skirkov(berdarah russia) yang berjaya sampai ke peringkat ke-4. Peserta Mary Ma juga berjaya sampai ke peringkat 3. Selain daripada mereka berdua, kami semua telah melakukan yang terbaik walaupun kami masih hijau dalam arena sukan fencing ini.

Tahniah diucapkan kepada semua! XOROWO!!!



Comments

jelikweyh said…
wah ...
kalah2 pn , pengalaman amat berharga ...
usaha lg ...
klu ad rezeqi , thn dpn mng r tuh ... insya - allah ...
KA said…
to ghost_mar: tengkiu2
n amin ...semoga termakbul doa saudari :)

Popular Posts