Merdekakah kita?



Kemerdekaan negara yang ke 56 hari ini seharusnya menimbulkan seribu pertanyaan pada diri kita semua mengenai erti sebenar perkataan  MERDEKA itu. Tertanya2 apa yang rakyat Malaysia faham akan erti merdeka ini.


Adakah ianya bererti bebas daripada penjajahan? Adakah kita faham ma'na JAJAH itu sendiri? Adakah kita merdeka sebagai bangsa Manusia/insan?


Merdeka itu samakah dengan bebas? Jika sedemikian, apa beza antara kemerdekaan dengan kebebasan? Maka kefahaman manakah yang kita mahukan?


Fahamkah kita akan ma'na manusia atau insan itu sendiri? Kiblat manakah yang kita gunakan dalam menafsir ma'na itu?


Merdekakah kita jika kita terputus hubungan dengan sejarah lampau, bahasa asali dan agama kita? Dimanakah kita dalam menafsir dan memahami akan asal-usul kita?


Merdekakah kita jika cara berfikir dan menaakul ma'na sesuatu menggunakan metode yang asing dengan kita?


Adakah kemerdekaan itu berma'na hanya dengan keamanan sahaja? Adakah amannya kita itu merupakan rahmat ataupun istidraj untuk kita sebenarnya?


Secara amnya adakah kita pasti yang kita sememangnya merdeka dengan sepenuhnya? Andakah anda semua pasti?


Namun begitu, kemerdekaan ini haruslah dishukuri dan dini'mati dengan sentiasa memasakkan kefahaman yang sebenar akan erti kemerdekaan ini.


Salam kemerdekaan buat anda semua rakyat Malaysia yang ke-56 daripada saya rakyat Malaysia jua! :)

Comments

Popular Posts