Selamat Berpuasa Semua! 1430H

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia. Alhamdulillah kita berjaya jua sampai ke pusingan Ramadhan yang baru setelah setahun berlalu.


Alhamdulillah juga saya panjatkan kerana pada tahun ini akhirnya saya berpuasa kembali di Malaysia setelah tiga tahun saya berpuasa di negara orang. Bergenang air mata semalam waktu tarawih. Bersyukur sangat2.


Tiga tahun yang banyak mengajar saya erti rindu berpuasa di tanah air sendiri, Malaysia.


Namun tiga tahun merupakan tahun-tahun yang unik bagi saya kerana berbezanya persekitaran yang saya diami ketika itu….


Pertama di Perth


Pada usia 18 tahun saya telah mula belajar berpuasa di luar negara, di Perth Australia, tika saat rakan-rakan sebaya masih lagi di Malaysia.


Tahun itu mengajar saya bagaimana hendak lulus puasa dengan tinggal serumah dengan teman yang bukan beragama Islam. (p/s: 4 Cina, 1 India, dan 3 African)


Dugaan nya sangat besar dengan keadaan negara yang bukan Islam.


Namun toleransi masih dapat dirasakan dan seakan-akan mereka memahami.


Malah mereka membantu untuk mengejutkan sahur. Yelah masa zaman sekolah dulu dah biasa parents kejut….so masalah lah sedikit. Tapi ya mereka membantu jika mereka tidak tidur lagi.


Kedua di Perth


Tahun kedua menyaksikan saya tinggal serumah dengan rakan Melayu Malaysia.


Keadaan agak berbeza kerana sama-sama menyambut Ramadhan.


Di Australia ni tiada masalah sangat kerana ramai Muslim di mana nak solat tarawih tu, masjid sangat hampir. Malah disediakan satu slot di TV untuk Muslim.


Malah berbuka puasa nya sangat meriah. Pak Arab semua sentiasa menyumbang wang untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa. Tapi masalahnya hari-hari lah makan nasi briyani huhuhu =P


Tue yang naik berat badan huhu


Tahun ketiga ini adalah tahun yang paling mencabar bagi saya. Lebih mencabar daripada tahun pertama di Australia.


Berpuasa di Moscow, Rusia.


Saya tiba di Moscow dua hari sebelum puasa, hari sabtu dan kita puasa hari Isnin. Kali ini saya tiba di sebuah negara yang saya tidak kenal mana-mana Muslim. Dan negara yang sangat sedikit Muslim nya.


Malah makanan mentah yang halal tidak mudah untuk dijumpai lebih-lebih anda tidak boleh bertutur dalam bahasa Rusia dengan fasih. Kami pergi ke sana dalam satu kumpulan, 3 India, 3 Cina dan satu Melayu (saya la tue!!)


Pada keesokan harinya kami dibawa oleh senior2 Cina kami membeli-belah di pasaraya ala-ala Carrefour….


Terkulat-kulat la saya ni nak mencari makanan halal…last2 beli roti, keju, dan tuna hancur.


Nak beli ayam tak tahu kat mana yang halal huhuu


Maka sahur dan berbuka lah saya dengan 2-4 keping roti keju berserta Maggi Kari dan 3 in 1 Milo…oh ya plus kurma


Memang bukan setakat berpuasa jer…diet sesungguhnya la…


Yalah kalau puasa kat Malaysia belum tentu turun lagi berat badan tue….sama ada maintain ataupun meningkat ada jugak.


Makan kurma macam makan lauk….adalah sekali makan tue lebih 10 biji…bayangkan sekali makan…kalau berkali-kali makan camna? …


Tauke kurma mesti suka kalau semua orang macam ini.


Tapi nasib baik bawa jugak…kalau tak haru biru jugak la….kurma ni juga lah yang beri tenaga


Owh lupa nak beritahu…ini adalah kali pertama berpuasa waktu musim panas….dulu kat Australia musim sejuk….pendek sikit siang nya


Kali ini puasa mula pukul 3-4 pagi….maghrib pukul 9 malam masa awal-awal tue…


Tapi dalam puasa-puasa tue sempat pusing satu Moscow dalam masa sebulan tue… =D kira boleh la bawa orang jalan2 Moscow hehe (ada sapa-sapa nak ambil saya jadi tourist guide ke? jgn risau bayarannya murah jer hehe =P)


Memang mengajar erti sabar la sangat…


Ada satu peristiwa tue….makan hot potato yang diisi dengan lauk di tengah-tengah nya…orang lain beli makan panas-panas…


Kita makan lepas berbuka…dah lembik dan lebam.. nak menitik air mata ni….


Percaya tak dalam sebulan tue berat badan turun dekat 10 kg jugak…


Hahaha….rasanya panjang sangat la pula membebel nya tapi siapa-siapa yang nak cepat turun berat badan pergi puasa kat Moscow masa summer ni…confirm turun =P


Baiklah kepada saudara seislam saya, selamat bertarawih, bersahur dan berpuasa!


PUASA jangan tak PUASA! (Senario)


Biar saya akhiri dengan mendengar lagu berkaitan puasa ini dendangan Raihan





Comments

jelikweyh said…
slmt b'poser KA ...
hmmmh ... ak punya berat bdn dh turun sblm poser lg ... 10KG ... huiii , cm x cayer jerk ... hilanglh k'comelan ak s'lm nih ... haha ... 2 hr sblm poser , ak g derma drh ... ms tu lh check berat ... bila pikir2 blk , mayb ak mkn bila perut bunyik2 kot ... org bz & xcited bila wat seuatu nih blh lupa mkn mcm ak lh ... lg perut x bunyi , x mkn ... hoho ... diet mn lh tuh kn ak ikut ...

poser kt mesia , best3 ... blh rindu kot klu dok oversea ... hoho
'adz said…
moga puasa tahun ini dapat turunkan berat badan ideal ye..haha
tp nnt lepas raya mcmana?? naik ke , naik mendadak ke..jadi kenala renungi makna tersirat ramadhan itu dengan teliti ye..agar tidak mnjd org yg rugi di hari raya.. :)
KA said…
@ghost_mar
selamat berpuasa kpd anda juga
wow best la camtu...belum puasa dah turun, klu puasa silap2 boleh jadi model terus lepas ni :)
mmg poser kat msia best

@'adz
mmg lepas raya yg menjadi cabarannya

risau gak ni :(

takpe2 cubaan tu mmg byk...kuatkan semangat hahahah

Popular Posts