Sketsa Minyak

Di suatu pagi yang membebankan, berjumpalah Puan Rahimah(baca: rakyat prihatin) dgn Cik Jah(baca: rakyat yg tak ambil kisah) yang sedang menjemur kain….maka berbual lah mereka sok sek sok sek…


Puan Rahimah:

Eh cik jah, ko tgk berita semalam tak? Hari ni minyak kat bumi tercinta kita ni naik harga! 78 sen seliter jah oii….40% naik jah oii…


Cik Jah: Eh Cobaan…(ala gaya mcm P. Ramlee dalam filem Pendekar Bujang Lapok tuuu)


Puan Rahimah:

Eh apa cobaan lak cik jah oii…ni betul-betul punya


Cik Jah: Eh Cobaan…


Puan Rahimah:

Ya-Allah cik jah oiii…benda berpijak pada Bumi yang nyata bukan nya slogan jer jah oii


Cik Jah: Eh Cobaan…


Puan Rahimah:

(Menampar) Oit Jah ko gila ke apa ni? Aku bilang bukan cobaan bukan cobaan la…ko ni pekak ke tuli ni?


Cik Jah: Eh Cobaan….


Puan Rahimah:

Ko kena rasuk hantu aku rasa ni….ko katak bawah tempurung ek?


Cik Jah: Eh Cobaan…


Puan Rahimah:

Ya-Allah jah…takkan la ko nak duduk terjelepok tak buat apa2 jah…takkan nak jadi kerbau kena cucuk hidung je


Cik Jah: Eh Cobaan….


Puan Rahimah:

Ya Allah jah…Islam tak suruh kita berpeluk tubuh jer jah…Islam tak suruh kita pasif je jah oii…kena proaktif ah…ala mcm ada orang ckp tu…ala org panggil apa tu kongsultang tu (baca: consultant)


Cik Jah: Eh Cobaan


Puan Rahimah:

Ko ni kan jah…mesti banyak sgt hiburan sampai lupa hal semasa…kalau ko macam ni….jgn takkan melayu hilang di dunia, semua bangsa pun boleh hilang kalau semua perangai macam ko ni…sakit jiwa aku melayan ko ni….


Cik Jah: Eh Cobaan….


Puan Rahimah:

Ko rasa kan la jah kita kena jimat ke jah…ye la kalau orang kaya tu boleh la jimat…selama ni belanja duit utk makan sehari RM100 boleh la kurang kan jadi rm80 ke, rm50 ke. Tapi aku ni satu hari 3 bungkus nasi lemak, setiap satu RM1, takkan la aku nak jadikan satu hari 2 bungkus nasi lemak atau 1 bungkus nasi lemak…mati kelaparan la aku jah oiii


Cik Jah: Eh Cobaan…


Puan Rahimah:

Jah ooo jah…tahukah anda bahawa minyak di Australia sekarang naik sampai aud1.70 hmm…tu bersamaan rm5.10…eysshh diorang punya lagi mahal taw drp kita punya…ish ish ish. wah aku dah jadi macam budak TAHUKAH ANDA dalam novel Detektif Indigo karya Faisal Tehrani tu la…


Cik Jah: Eh Cobaan…


Puan Rahimah:

Eh ko itu je la tahu, cobaan cobaan cobaan tak habis2 cobaan….tp kan jah tahukah anda bahawa gaji minimum untuk sejam di Australia 5.33 kali ganda lebih tinggi drp kita..iaitu aud 8 = rm 8 ringgit kita (baca: jgn convert sesedap hati jer ). Yang bestnya jah itu untuk gaji bawah 18 tahun, diorg bg aud 8 sejam. Kalau atas 18 tahun gaji minimum bertambah. Anak aku dulu pernah dapat aud16 sejam masa tue umur dia 19 tahun… .kerja cuci bangunan je lak tue….bukan kerja besar. Kalau kat Malaysia, alahai

Sampai ke tua la tak merasa lebihan wang, lebih-lebih lagi duduk kat Kuala Lumpur.

Maka aud 8.00(gaji) --> aud 1.40 (minyak)

Rm 1.50 –Rm2.50(gaji permulaan) --> rm 2.70(minyak)

Kepada adik-adik yg belajar di tadika mana satu lagi mahal, Australia ke Malaysia?

Australia!!! Bagus adik2 semua, ‘pandai ‘ adik2 semua (baca: sesuai la dgn umur diorg, tak pandai berfikir)

Tp kan Jah Australia tu bukan negara pengeluar minyak….musykil aku huhu


Cik Jah: Eh Cobaan….


Puan Rahimah:

Jah ooo…jah td kan aku beli susu 2 L, ish ish RM10 jah oiii…sebelum ni RM7…ish ish tu minyak baru naik 30 sen sebelum ni…skrg 78 sen apa akan jadi la….ish ish


Cik Jah: Eh Cobaan


P
uan Rahimah:

Jah tahu tak jah…kat Australia tue…harga susu 2 L aud2.50 jer…(baca: ni kalau nak convert, convert la…Malaysia tetap paling murah…aud1 = RM3 +/-)

Maka aud8.00(gaji) --> aud2.50 (susu)

Rm1.50 – Rm2.50 (gaji permulaan) --> RM10(susu)

Wahai baby-baby baru lahir sekalian, yg mana lagi murah Malaysia atau Australia?

Baby menjawab Susu la…eh eh baby oiii…Malaysia la paling murah (baca: diorg ni Cuma tahu makan minum tidur eh ada ke org kita mcm tue? Alamak terlebih sudah)


Cik Jah:Eh Cobaan


Puan Rahimah:

Jah ooo Jah lupa nak habaq kat hang. Harga minyak kat negara pengeksport minyak kat dunia ni…ye la kalau nak banding Malaysia dengan negara lain kena lah dengan yang setara dengan nya kan…mana boleh dengan Negara pengimport minyak sbb Malaysia Negara pengeksport minyak…

Malaysia adalah negara pengeksport minyak mentah, justeru harga petrol dalam negara perlu dibandingkan dengan negara-negara pengeksport minyak seperti UAE RM1.19 seliter, Mesir RM1.03 seliter, Kuwait RM0.67 seliter, Saudi Arabia RM0.38 seliter, Nigeria RM0.32 seliter dan Venezuela RM0.16 seliter. -Malaysiakini.


Cik Jah: Eh Cobaan


Puan Rahimah:

Lantak ko la jah…dah la aku nak balik ni…karang kalau tak masak kang…kebuluq la anak2 aku skrang dah la gula nak naik 20 sen, belum tambah beras yg dah naik dgn benda2 lain lagi….lama2 kena puasa tiap2 hari….haih

Oh ya Jah, sayur pun dah naik 20 sen. Huih baik aku jadi kambing makan rumput,free jer. Tak fikir pasal harga rumput naik atau tak. Ke kita yang dah jadi macam kambing, tak pandai berfikir? Oppsss…


Cik Jah: Eh Cobaan…


Puan Rahimah:

Eh jah bila tsunami nak datang lagi ek? Opppsss…I did it again.

Comments

Popular Posts