Lessons To be Learn

What kind of attitude is our fellow malaysians? Brave or not.....Individualisms or Collective?? or maybe the personality traits' of malaysians are shown like the lyric below. This is a lyric based on Malays idiom, phrasal verbs and etc etc but I think it will suits to anyone(i mean most malaysians nowadays)...so lets enjoy...listen to the sarcasm f the message and take the lesson in order to improve our life...i hope it will.

Ahli Fiqir - 2X5

Kali Bagi Tolak Campur
Habislah geli kerana geletek
Hilanglah resah kerana biasa
Kerana telah terbiasa
Geli dan resah tidak lagi terasa

Semut di seberang lautan
Kau nampak
Bila gajah di depan mata
Kau buta

Lebih sudu dari lauk
Lebih tunjuk dari tengok
Lebih diri dari duduk
Lebih cawan dari mangkuk

Berkata-kata jangan lupa
Banyak yang bertukang di mata dan Mulut
Sedikit sahaja yang
Menukang di tangan
Bangkai gajah busuk di hutan
Hendak di tanam
Pekong di kaki sendiri dibiaskan
Busuk oh.. Kurap, kudis, nanah, kayap.. ii..

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Duduk diam tunggu dulu
Kunci mulut nanti dulu
Sebelum kau berbicara
Sebelum kau nak berkata
Cermin dulu hujung rambut
Hingga ke hujung hujung kuku kakimu

Kurangkan lada kurang pedasnya
Kurangkan rempah kurang panasnya
Kurangkan lebah kurang sengatnya
Kurangkan cakap kurang silapnya

Dan membisu takut takut
Nana tahu silap hari
Silap bulan lambat laun
Silap tahun kau menjadi

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Jangan cakap lepas
Biar pandai beralas
Ada ubi ada batas
Ada hari kami balas

Kiramu hanya bias
Cercamu cuma tempias
Hari ini kami berkias
Esok lusa kami mengganas

Jangan suka jaga tepi kain orang lain
Kain sendiri yang terlondeh
Kata dulang paku serpih
Kata orang dia yang lebih

Ada orang suka menerima
Tapi tidak suka menderma
Ada orang suka menderma
Tapi diharap dibalikkan semula

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Dua kali lima sepuluh
Lima kali dua sepuluh
Lapan campur dua sepuluh
Dua campur lapan sepuluh

Sama pandai sama bodoh
Sama lawa sama hodoh
Sama cerdik sama belok
Sama tepok sama bongkok

Comments

Popular Posts