Siapakah Pencuri Hatiku,Si Psikokah?



Semalam (7 Sept 2013) merupakan sejarah baru untuk aku kerna setelah bertahun tidak menonton filem Melayu di panggung wayang, terdetik di benak fikiran ini untuk menonton filem terbaru bertajuk "Psiko, Pencuri Hati".

Sebenarnya aku mula berminat untuk menonton setelah secara tidak sengaja menonton klip sedutan filem tersebut. Sedutan filem itu pada pendapat aku sangat mengujakan. Jadi bila dah tahu filem itu dah masuk panggung, apa lagi beli tiket popcorn semua, tontonlah XD

Untuk keseluruhan filem ini bagi filem Melayu, aku bagi 7-8/10 bintang.

Secara umumnya plotnya agak kemas berbanding filem komersial Melayu lain. Namun begitu plotnya agak perlahan dan malangnya masih mengekalkan kelemahan biasa filem2 Melayu ya'ni kelemahan dalam mengembangkan plot. Penelitian khusus setiap watak utama tidak dilakukan dengan terperinci namun begitu setiap watak2 sangat penting malah tiada aksi yang terbazir. Pada hemat aku itu sangat penting kerana pembaziran aksi membuatkan penonton seperti aku ni rasa diperbodohkan hehe tapi filem ini tidak ada rasa diperbodohkan.

Lakonan para pelakonnya pun amat mantap, tak rasa kaku pun dan tiada aksi2 yang sengaja dilebih2kan sampai meluat tengok. Malah kehebatan mereka dibantu juga oleh skrip yang kemas, penggunaan bahasa Melayu dan Inggerisnya yang tidak berterabur dan rojak malah yang penting sekali tidak kekok didengar walaupun bahasa tidak rojak mahupun terlalu formal. 

Banyak isu2 yang cuba disampaikan oleh filem ini namun disebabkan pengembangan plot yang perlahan dan disebabkan perlahan, secara tidak langsung perlu menamatkan filem itu secara tiba2. Makanya isu2 yang disentuh pun nampaknya seperti bermain2 di gigi air tanpa menyelam ke dasar. Tidaklah tahu samaada ini dilakukan dengan sengaja ya'ni hanyalah untuk mengetuk kotak fikiran penonton sebagai pembuka bicara. Jika tidak sengaja perlulah diharapkan agar di filem akan datang, lebih baik difokuskan kepada satu isu dan dikembangkan dengan baiknya tanpa ditimbulkan isu2 lain setara dengan isu utama itu kerana jika dilakukan juga tanpa sengaja amatlah menunjukkan kelemahan kepada penulis skrip mahupun kepada pengarah tersebut.

Secara keseluruhannya filem ini amat baik namun begitu untuk lebih baik adalah diharapkan skrip yang dihasilkan boleh membawa penonton untuk lebih dalam memikirkannya dalam erti kata lain filem yang berat. Industri filem kita amat kekurangan penghasilan filem2 berat dan ini wajar diseimbangkan dengan filem2 ringan.

Akhir kata, aku amat menganjurkan semua untuk menonton filem ini, sangat berbaloi ^_^

p/s: So, siapakah pencuri hati anda? Berhati2 kerna si dia mungkin si psiko? XP


Comments

Popular Posts